About Me

My photo
Better known as KONG : a working mum juglling between family and work. Loves her family as they keeps her away from daily working stress.

Wednesday, February 10, 2010

Cloth Diaper


Khaliesah is now officially on cloth diaper.
Kalau tak kerana offer yang murah di http://kedai-anak-pija.blogspot.com/ rasanye takde aku nak try CD ni de.
Sapa yg ada rasa prihatin ( prihatin kah aku ? ) towards the environment ( apart from bringing your own bag for shopping ) you can try out this Cloth Diaper. 5 pcs = RM130 ( free postage ). Ada lagi package lain, u make ur choice .

Apart from that, lets support muslims yg berniaga. Anyway Cik Pija just delivered her 5th child. Congrats Pija, moga dimurahkan rezeki insyaallah. (w/p in real life aku x penah kenal ko personally ).
One happy baby with cloth diaper underneath.



Thursday, February 4, 2010

Salute to all Full time hauswife yg takde maid.

Entry ni aku tujukan khas untuk fulltime housewives yg takde maid.
Aku ni anak baru 3 dah rasa huru hara handle sorang2.

Routine pagi.
- Lepas solat , buat breakfast utk mizan & alya+ housechores yg tergendala. ( cuci baju, spin baju,cuci periuk belanga, simpan utensils dah kering, vacuum,etc )
- 7.15am :Kejutkan mizan & alya bangun ( sometime easy, sometime perlu adegan peluk2 dulu okeh )
- Mandikan alya & hamizan. Pergh part ni mmg mak kena multi tasking betul.
Kang tetibalak baby nangis. Time ni la aku terjerit" Mizan dah gosok gigi belom!!' Sambil dukung or gendong baby ( yes acik guna baby sling to gendong ) sempat sikat rambut alya. Disinilah keupayaan multitaskingku dicabar!
- Dah dua2 siap, kena check lak.. Dah pakai name tag?, Botol air need refill tak.
- Pastu tunggu van or van tunggu diorang..harharhar. Sabar ye pakcik van.
-Once 2 of them went off...lega sat!
Pastu ikut la mood aku. Kalau rajin, aku berkemas, kuarkan barang utk masak, sidai baju, lipat baju n gosok baju ( eiii I hate this the most ) mandikan baby,etc,etc.
Dahtu masak nasik, n then masak lauk la. Kalau malas aku buat yg senang2 je contohnye : goreng nugget, drummet dan makanan2 sewaktu dgnnya. hahahaha.

Surirumah parttime yg gigih with 3rd baby..Gheeee

Routine tengahari/Petang
-Bebudak ni balik dlm kol 1230pm, Startla aku terjerit balik.
Arahan pertama : Bukak baju and please change your clothes. Bekal keluarkan , habis tak? Gi letak dlm sinki.
- Pastu aku tekedek2 amik nasik or whateva i cooked for lunch to feed them.
Bab makan ni lagi satu kesabaran. Time tula dia bagi mcm2 alasan taknak makan nasik. Pastu taknak sayur, taknak bwg, taknak daging, etc. SABAR Ok!

Kekadang bagi komen seperti :"sambal umi buat tak sedap cam wan buat'SENTAP ok! ATAU " Umi ni hari2 masak nasik, masak la benda lain." Ada time tu tetiba dia mintak lasagna. Hambik kau! " ada kawan mizan mak dia buat je lasagna". Assobaruminaliman betui.
-Dah habis diorang makan, susukan baby sampai dia tido and off I go untuk mandi. Baru nak mandi ok . Mandi, solat ( semuanye dilakukan dlm masa yg sangat zas' ) .
Kekadang nak kencing n berak pun tak lepas pasal baby nangis anytime.

-Bile sorang2 bala tentera terbongkang, aku pun terbongkangla sama...Zzzzzz.

My 3 lil kids. Yg berkain batik itu adalah wan mereka .


Routine Petang/Malam
-Dah petang sikit mandikan baby. And mak singa mengaum balik suruh anak2 dia mandi.
Dahtu time ni mmg baby asyik huh heh huh heh. Mana nak menyusu, ngan suruh bebudak ni mandi. Just imagine...MAK Singa in action!
- Again bagi diorang makan
- Time to do homework/ulangkaji
-tengok tv ( kena gilir2 ok..PHDC, CN and then citer umi ! )
-Pkl 1030pm...Tido Cepatz!!!!!!! Time tido pun nak kena suruh gak. Kot tidak kol 1 x tentu tido.

Begitulah routine harian . Penatzzzzzzzz.

Tuesday, February 2, 2010

Alya 1st day to kindy.

Yesterday was Alya's 1st day to kindy. Masukkan same kindy dgn Hamizan. Senang.
Kindergarten Genius Aulad dekat Sek 8, Kota Damansara.
Naik van pun ok.
1st day sekolah elok je pakai tudung. Balik sekolah...tudung sudah hilang.
3rd day dah tak pakai tudung. Alya says : sikit je budak pakai tudung. Boley?